Quantic Dream hari ini mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu Detroit: Become Human akan dikeluarkan untuk PC pada 12 Disember 2019. Pengumuman ini mengesahkan yang laporan kami sebelum ini mengatakan ia sudah di-peringkat akhir pembangunan.
Ini merupakan permainan Quantic Dream yang keempat dikeluarkan untuk PC, selepas Heavy Rain dan Beyond: Two Souls juga dikeluarkan untuk PC walaupun dikeluarkan sebagai permainan eksklusif untuk PlayStation 4.
Detroit: Become Human untuk PC buat masa ini hanya ditawarkan di Epic Games Store dan boleh di pra-tempah dengan harga $24.99 (RM103). Kami sebelum ini telah mengulas permainan ini dan berpendapat yang ia permainan yang baik, berjiwa tetapi penceritaan terlalu ringkas.