Filem BoBoiBoy Yang Ketiga Akan Ditayangkan Pada Tahun 2021

Petang tadi, Monsta telah mengadakan acara penghargaan bagi menyambut kejayaan filem BoBoiBoy Movie 2 yang memecah rekod kutipan terbesar bagi animasi di Malaysia – mencapai RM30 Juta. Kami telah pun kongsi yang terdapat orang Malaysia yang tidak bertanggungjawab cuba mencetak rompak filem ini dan Papa Pipi dan Mechamato akan mempunyai filem tersendiri jika mempunyai sambutan yang hangat. Tetapi, bagaimana pula masa hadapan BoBoiBoy?

Di acara ini, CEO Monsta Nizam Razak telah berkongsi yang filem ketiga BoBoiBoy akan ditayangkan pada tahun 2021. Sudah tentu, tiada jalan cerita, tiada tarikh tepat atau sebarang klu mengenai plot filem ketiga BoBoiBoy ini. Dengan kejayaan BoBoiBoy Movie 2, pihak Monsta akan menerima lebih banyak sambutan dan proses pembangunan projek-projek masa hadapan akan menjadi lebih lancar. Jika kos pembikinan filem BoBoiBoy Movie 2 adalah sekitar RM7 Juta, bagaimana pula dengan filem yang ketiga?

Kualiti filem BoBoiBoy Movie 2 adalah amat hebat. Dari segi pergerakan, butiran seperti tekstur dan sebagainya sudah begitu lancar dan hampir dengan Pixar – adakah filem ketiga akan menandingi Pixar? Atau, filem kedua mengambil masa setahun untuk dibangunkan – apakah kebarangkalian yang filem ketiga boleh dihasilkan dengan lebih pantas?

Sohor Kini