Skip to main content

Filem BoBoiBoy Movie 2 adalah filem animasi 3D tempatan yang paling berjaya. Ia mencatat kutipan RM30 Juta dalam masa 70 hari tayangan di Malaysia. Kutipan ini juga telah memecah rekod kutipan tertinggi di Malaysia bagi filem animasi tempatan.

Baru-baru ini, BoBoiBoy Movie 2 dengan adegan lanjutan 7 minit telah boleh ditonton di Astro First atau Astro On Demand. Sejak ia mula disiarkan di dua saluran Astro ini, sebanyak 50 kali sehari percubaan filem ini dicetak rompak. Ini bermakna, selama empat hari ini setiap hari BoBoiBoy Movie 2 cuba dicetak rompak. Lebih mengecewakan, cubaan ini dilakukan oleh orang Malaysia sendiri dan bukannya dari luar negara.

Kenapa perlu mencetak rompak hasil karya orang lain? Jika anda sudah berjaya menyiapkan satu kerja yang hebat, kemudian terus dicuri oleh orang lain dan anda tidak mendapat kredit – apakah perasaan anda? Tidakkah anda mempunyai perasaan bersalah apabila cuba merompak filem ini dan mengaut keuntungan dari pelbagai iklan yang terpapar di laman web? Sedarlah diri dan tonton filem ini melalui cara yang sah.

Leave a Reply