Informasi Permainan Video Terkini
Evos Legends Menjuarai Mobile Legends World Championship 2019

Evos Legends Menjuarai Mobile Legends World Championship 2019

Diterbitkan pada November 19, 2019 oleh .

Kejohanan Mobile Legends Bang Bang World Championship (M1) yang buat julung kalinya dianjurkan menutup tirai pada hujung minggu lepas yang memperlihatkan pasukan Evos Legends menjuarai selepas mengalahkan RRQ.

Evos Legends memenangi kesemua perlawanan di pusingan playoff untuk kejohanan ini, di mana mereka mengalahkan Burmese Ghouls dan RRQ untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. RRQ mengalahkan Todak di peringkat akhir untuk kumpulan bawah yang melayakkan mereka ke peringkat akhir kejohanan.

Evos Legends yang merupakan sebahagian daripada Evos Esports membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $80 ribu (RM332 ribu).

Peringkat playoff M1 telah berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 November yang turut dihadiri oleh menteri belia dan sukan YB Syed Saddiq.


TIPS & ULASAN