Skydance Melantik Amy Hennig Untuk Menghasilkan Media Interaktif

Skydance Media iaitu syarikat induk untuk pelbagai syarikat produksi seperti Skydance Pictures, Skydance Animation dan juga Skydance Television mengumumkan mereka melantik Amy Hennig sebagai presiden untuk bahagian baharu iaitu New Media Division.

Amy Hennig sebelum ini dilaporkan membuka studio sendiri untuk memfokuskan kandungan VR selepas beliau meninggalkan EA sejurus pembatalan permainan Star Wars.

Bahagian tersebut akan memfokuskan pembangunan pengalaman penceritaan baharu yang akan menjadikan penonton boleh berinteraksi dengan siri tersebut. Mereka akan menghasilkan kandungan untuk platform penstriman.

Beliau akan disertai oleh Julian Beak yang pernah bersama dengan Hennig sebagai penerbit eksekutif di EA.

Media interaktif bukanlah sesuatu yang baharu, Netfix sebelum ini pernah mengeluarkan Black Mirror: Bandersnatch, dan ia merupakan contoh terbaik untuk apa yang cuba dihasilkan oleh bahagian baharu Amy Hennig ini.

Mengenai platform penstriman pula, buat masa ini tidak dipastikan jika ia adalah secara eksklusif untuk satu platform ataupun lebih. Skydance sebelum ini pernah bekerjasama bersama dengan Amazon, Netflix dan juga Apple TV+.

Sohor Kini