Sejarah Hawkeye, iaitu Clint Barton sehingga hari ini masih tiada siapa tahu lagi. Tetapi, Hawkeye sudah disahkan akan mempunyai siri TV yang tersendiri untuk Disney+. Siri ini akan berlaku selepas Endgame, yang mana berlaku di masa hadapan. Menurut pelbagai laporan, ia akan mengisahkan Hawkeye dan Kate Bishop.
Tetapi, tidak mustahil yang dalam siri ini turut akan ada rujukan Black Widow atau rujukan kisah silam di Budapest yang berlaku antara dua watak ini. Terkini, video pembukaan siri TV Dinsey+ buat Hawkeye telah tertiris di arena web. Menurut sumber, video pembukaan ini mula diperlihatkan di Comic-Con. Video pembukaan ini dilihat mirip dengan James Bond dan sedikit seperti siri TV Chuck.
Siri TV Hawkeye hanya akan disiarkan di Disney+ pada hujung tahun 2021.