ONE Esports minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan mengada buat pertama kalinya kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational yang mana ianya akan berlangsung pada 20 hingga 22 Disember 2019 ini di Indoor Stadium di Singapura.
Kejohanan ini akan menyaksikan 12 pasukan bertempur merebut wang hadiah terkumpul melebih RM1.5 juta dan ONE Esporst menjanjikan pelbagai aktiviti untuk mengunjung dan tiket untuk kejohanan tersebut kini sudah boleh dibeli dengan harga bermula RM16 melalui laman Sportshub.

Kejohanan ini akan menyertakan 12 pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dan anda juga berpeluang untuk menemui dan beramah mesra bersama pasukan tersebut di acara kejohanan ini. Berikut adalah senarai pasukan yang akan hadir ke kejohanan tersebut:
- Alliance
- Evil Geniuses
- Gambit
- J Storm
- Natus Vincere
- PSG.LGD
- Team Aster
- Team Liquid
- Team Secret
- TNC Predator
- Virtus.Pro
- Vici Gaming
Tambahan itu, ONE Esporst juga menyatakan bahawa mereka akan menjual pelbagai barangan khas buat kejohanan tersebut disamping berpeluang utnuk bertemu dengan pelbagai Cosplayer terkenal ketika acara tersebut.

Selain itu anda juga berpeluang untuk menyaksikan secara percuma yang mana ONE Esports juga umum pertandingan khas yang anda boleh sertai untuk memenangi tiket ke Singapura.
Untuk informasi lanjut berkenaan kejohanan ini, anda boleh ke laman rasmi ONE Esports di bawah.
[info] Layari: ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational [/info]