Skip to main content

PUBG minggu ini mengumumkan yang mereka akan membuang sistem kotak tikam berkunci di mana pemain perlu membeli kunci untuk membuka kotak tikat tersebut.

Kekerapan untuk menerima kotak tikam jenis tersebut akan dikurangkan manakala selepas 18 Disember ia tidak lagi disertakan. Manakala kotak tikam yang masih ada di dalam simpanan pemain yang memerlukan kunci akan terus berfungsi seperti biasa dan kunci masih dijual.

Menurut PUBG lagi, mereka menukar sistem tersebut kerana mendapati kotak tikam berkunci mempunyai nilai yang rendah di pasaran yang menjadikan pengalaman menerima kotak tikat tersebut kurang menyeronokkan.

Ini bukan bermakna yang PUBG akan membuang kotak tikam, akan tetapi sekadar tidak lagi menyertakan kotak tikam yang berkunci.

Leave a Reply