Skip to main content

Awal bulan ini, ASICS mengumumkan pakaian dan kasut bertemakan Mega Man dan kini tampaknya mereka akan meneruskan kolaborasi mereka dengan francais seterusnya iaitu Transformers.

Seperti kolaborasi sebelum ini, ASICS sekali lagi akan melancarkan beberapa barisan pakaian dan kasut bertemakan Transformers yang mana kali ini mereka memfokuskan kasut GEL-LYTE V dan GEL-LYTE V GS.

Menariknya sekali, kasut tersebut juga boleh diubahsuai dengan menukar bahagian depan dan belakang kasut mengikut pilihan pemakai. Menurut ASICS, kasut tersebut akan menyertakan 3 pilihan watak berdasarkan siri Transformers iaitu Optimus Prime yang berwarna merah, Bumblebee yang berwarna kuning dan Megatron yang berwarna kelabu.

Dengan pilihan tersebut, pemakai diberi pilihan untuk menghasilkan kombinasi reka kasut pemakai berdasarkan ketiga-tiga watak Transformers tersebut. Dari segi harga, GEL-LYTE dijual dengan harga RM449 manakala GEL-LYTE V GS (Untuk kanak-kanak) dijual dengan harga RM329.

Selain itu, ASICS juga umum barisan pakaian seperti Tshirts, Hoodie, topi dan beg gim yang mana juga bertemakan Transformers.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, ianya sudah pun dijual di kedai rasmi ASICS dan juga secara atas-talian melalui laman rasmi ASICS.

Leave a Reply