Seperti yang diumumkan sebelum ini, The Game Awards 2019 bakal berlangsung pada 12 Disember ini, dan hari ini penganjur mengumumkan yang senarai pencalonan untuk anugerah tersebut akan diumumkan pada 1 pagi, 20 November melalui penstriman langsung.
Berdasarkan kenyataan mereka, akan terdapat 29 kategori untuk The Game Awards tahun ini. Seperti biasa, selepas pengumuman tersebut pemain akan boleh mula mengundi permainan pilihan anda.
Anda boleh mula mendaftar akaun untuk mengundi melalui laman rasmi mereka, buat masa ini hanya terdapat satu kategori yang diperlihatkan iaitu memilih tahun-tahun terbaik untuk The Game Awards sebelum ini.
[info]Layari The Game Awards[/info]