Siri DJ Max semestinya salah satu siri permainan rentak muzik kesukaan saya sendiri di mana ianya bukan sahaja mempunyai bentuk permainan yang sangat pantas, malah ia mempunyai pelbagai muzik-muzik menarik dari Korea.
Terkini melalui akaun Youtube rasmi permainan tersebut, mereka berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di PC melalui Steam.
DJ Max Respect sebelum ini telah pun dilancarkan di PlayStation pada 2017 lepas. Namun memandangkan nama permainan versi PC adalah DJ Max Respect V, kami percaya ianya akan menyertakan beberapa kandungan tambahan khas.
Buat masa ini, informasi lain masih belum dikongsikan dan kami pasti akan mengemaskini sebarang berita tambahan setelah ia diumumkan kelak.