E3 2018 lepas, Platinum Games dan Square-Enix mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan baharu yang dinamakan Babylon’s Fall di konsol PlayStation 4 dan PC.

Terkini menurut laporan Automaton melalui Gematsu, penerbit dari Platinum Games iaitu Yosuke Saito mengumumkan yang mana informasi lanjut Babylon’s Fall akan dikongsikan pada penghujung tahun ini.

Tambahan itu, beliau juga mengesahkan bahawa terdapat beberapa projek lain yang sedang dibangunkan oleh Platinum Games yang mana kami pasti ianya akan dikongsikan dalam masa akan datang.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan Babylon’s Fall masih lagi belum jelas dan apa yang dikongsikan setakat ini hanyalah video acah di atas yang dimainkan ketika acara E3 2018 lepas.

Tambahan itu, memandangkan melalui video di atas ianya mengacahkan bahawa ianya akan diperlihatkan pada 2019, kami percaya ianya mungkin akan ditundakan sehingga tahun hadapan. Kami pasti akan berkongsi informasi lanjut lain setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini