Echtra Games sebelum ini menyatakan yang mana mereka akan melancarkan permainan Torchlight Frontiers sekitar tahun ini di mana ianya dirancang untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC.

Namun kini melalui laporan PC Gamer, anda tampaknya perlu menanti permainan tersebut sehingga tahun hadapan di mana Max Schaefer iaitu pengasas Studio pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa Torchlight Frontiers tidak akan dilancarkan tahun ini dan ditunda sehingga 2020 kelak.

Menurut Max Schaefer, buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang informasi terperinci untuk dikongsikan. Namun mereka juga menyatakan bahawa permainan tersebut juga mempunyai beberapa perubahan dan buat masa ini mereka masih belum bersedia untuk berkongsikannya.

Torchlight Frontiers adalah permainan aksi pengembaraan isometrik yang seakan permainan Diablo oleh Blizzard. Ianya dibangunkan oleh Echtra Games dan kami pasti akan berkongsi setelah informasi lanjut diumumkan.

Sohor Kini