Skip to main content

Salah satu permainan yang mendapat sambutan yang baik oleh Square-Enix sebelum ini iaitu Dragon Quest Builders 2, kini diumumkan akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 11 Disember 2019 ini.

Menurut Square-Enix, versi Steam permainan ini akan menyertakan kesemua kandungan dilancarkan melalui pas musim di versi konsol termasuklah barangan resipi, gaya rambut, kostum dan sebagainya.

Tambahan itu, bagi mereka yang membuat pra-tempahan, Square-Enix juga akan menyertakan lagi pelbagai barangan tambahan lain seperti perhiasan yang pemain boleh gunakan ketika membina dunia Dragon Quest Builders 2 ini.

Dragon Quest Builders 2 telah pun dilancarkan di konsol Switch dan PlayStation 4 beberapa bulan lepas yang mana ianya terjual melebihi 1 juta salinan secara global. Kini dengan pengumuman pelancaran di PC, sudah pasti jualan tersebut akan meningkat. Bagi anda yang berminat, ianya boleh dipra-tempah di Steam dengan harga bermula RM249.

[info] Pra-Tempah: Dragon Quest Builders 2[/info]

Leave a Reply