Brawlhalla merupakan permainan perlawanan yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol dan PC secara percuma. Permainan tersebut sebelum ini terkenal dengan pelbagai acara kolaborasi dengan watak-watak jemputan khas seperti watak WWE dan sebagainya.
Terkini Ubisoft dan Blue Mammoth Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan ini di peranti telefon pintar sebagai permua di iOS dan Android pada tahun hadapan.
Menariknya juga, Ubisoft juga menjanjikan bahawa versi permua ini akan menyokong rentas-platform sekaligus membolehkan pemain untuk bermain bersama-sama dengan pemain di konsol lain.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba Brawlhalla di peranti telefon pintar lebih awal, Ubisoft juga membuka pendaftaran akses beta di mana anda boleh berbuat demikian di laman rasmi permainan tersebut.