Skip to main content

Sejak kebelakangan ini, animasi tempatan sudah menjadi semakin baik dan hebat. Lihat sahaja Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal, mereka mendaftarkan diri untuk ke tahap Oscar. BoBoiBoy Movie 2 pula mencapai RM30 Juta kutipan dan kelak filem Ejen Ali The Movie mungkin akan mengubah lagi trend animasi tempatan.

Di Malaysia, sebenarnya ada banyak studio yang boleh menghasilkan animasi yang baik. Cuma ada studio yang tidak mempunyai bajet yang tinggi, jadi animasi hanya disiarkan di YouTube dan tidak mendapat perhatian ramai. Ada juga yang terus bekerjasama antara satu sama lain dan sebagainya. Terkini, satu berita mengejutkan telah muncul dan tular di arena web. Filem animasi 2D pendek tempatan berjudul “Batik Girl” telah memenangi pelbagai anugerah.

Filem ini telah memenangi anugerah animasi pendek terbaik di Festival de Largos y Cortos de Santiago in Chile, Honourable Mention Audience Favourites di Florida Animation Festival dan pingat emas dalam kategori serantau di 20th Digicon6 Asia, Jepun. Filem ini dihasilkan oleh R&D Studio, Tudidut Studio, Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara dan ditulis oleh Heidi Shamsuddin. Filem ini juga telah ditayangkan di 26 festival filem seluruh dunia dan ramai yang gemar akan animasi ini.

Filem ini mengisahkan seorang gadis yang berduka apabila kedua ibu-bapanya meninggal dunia. Kemudian, beliau telah menemui keindahan corak batik dan kasih sayang antara nenek dan cucu.

Leave a Reply