Informasi Permainan Video Terkini
Chun-Li Menjadi Power Ranger Di Dalam Power Rangers: Legacy Wars

Chun-Li Menjadi Power Ranger Di Dalam Power Rangers: Legacy Wars

Diterbitkan pada November 18, 2019 oleh .

Power Rangers: Legacy Wars merupakan permainan mudah alih oleh nWay berdasarkan siri Power Rangers. Menariknya minggu ini, mereka mengumumkan watak Chun-Li daripada siri Street Fighter akan menerima kostum Power Rangers beliau sendiri.

Kerjasama antara permainan ini dengan Capcom sudah bermula sejak tahun 2018, di mana watak-watak seperti Chun-Li, Ryu, Guile, Akuma, Cammy dan Bison sudah hadir ke dalam permainan tersebut. Namun, kali ini Chun-Li boleh bertukar menjadi Power Rangers.

Sebagai Ranger, serangan Chun-Li seperti Volcano Kick, Phoenix Dance dan Thousand Phoenix Kick akan mempunyai api biru Phoenix. Power Rangers: Legacy Wars sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.


TIPS & ULASAN