Skip to main content

Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan One Punch Man: A Hero Nobody Knows iaitu pada 28 Februari 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Bersempena dengannya mereka juga berkongsi satu trailer yang anda boleh tonton di bawah.

Melalui permainan ini, pemain boleh mencipta watak sendiri dan menyertai Hero Association. Kemudian pemain dapat belajar kebolehan baharu dan menyelesaikan pelbagai misi untuk menjadi hero S-Class. Penceritaan juga akan mengikut musim pertama untuk siri anime One Punch Man.

Buat masa ini, permainan tersebut masih tidak disenaraikan di mana-mana kedai dalam talian tetapi menurut Bandai Namco pemain yang pra-tempah permainan tersebut akan mendapat akses awal kepada Saitama (Dream version) iaitu versi di mana Saitama adalah seperti adiwira biasa, yang memakai jersi bersama dengan sut hitam serta memakai topeng Saitama.

Leave a Reply