Informasi Permainan Video Terkini
Stadia Mengumumkan 10 Lagi Permainan Yang Akan Hadir Semasa Pelancaran

Stadia Mengumumkan 10 Lagi Permainan Yang Akan Hadir Semasa Pelancaran

Diterbitkan pada November 18, 2019 oleh .

Google sebelum ini mengumumkan 12 permainan yang akan hadir semasa pelancaran Stadia sepertimana kami laporkan sebelum ini. Minggu ini, Google menambah senarai tersebut dengan mengumumkan 10 lagi iaitu;

  • Attack on Titan 2: Final Battle
  • Farming Simulator 19
  • Final Fantasy XV
  • Football Manager 2020
  • GRID
  • Metro Exodus
  • NBA 2K20
  • Rage 2
  • Trials Rising
  • Wolfenstein: Youngblood

Selain itu, permainan-permainan yang akan tiba pada tahun ini akan tetapi tidak diumumkan lagi tarikh adalah Borderlands 3, Darksiders Genesis, Dragon Ball Xenoverse 2 dan Ghost Recon Breakpoint.

Stadia akan dilancarkan pada 19 November ini tetapi terhad kepada pemilik Founder’s Edition yang sebelum diumumkan sudah habis terjual. Melalui langganan Stadia Pro, pemain akan memperoleh Destiny 2 dan Samurai Showdown secara percuma tetapi 20 permainan lain harus dibeli secara berasingan.


TIPS & ULASAN