Deemo merupakan permainan irama yang dibangunkan oleh Rayark Games dan sudah dikeluarkan untuk peranti pintar, Switch dan PS Vita. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2013.

Hujung minggu lepas, syarikat produksi Anime di Tokyo iaitu Pony Canyon mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan filem animasi berdasarkan permainan tersebut. Produksi filem tersebut adalah hasil kerjasama di antara Pony Canyon dan Production I.G yang sebelum ini telah bekerjasama untuk membawa siri anime Attack on Titan.
Junichi Fujisaku iaitu penulis untuk Ghost in the Shell: Stand Alone Complex dan juga BLOOD+ diumumkan sebagai penerbit eksekutif, Shuhei Matsushida akan menjadi pengarah manakala latar muzik akan dihasilkan oleh Yuki Kajiura.
Produksi filem ini dijangka akan diselesaikan pada tahun 2020 dengan tayangan pada tahun sama ataupun pada awal pertengahan pertama tahun 2021.
