Ketika penghujung acara X019 awal pagi hari ini, inXile Entertainment akhirnya mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran buat permainan akan datang mereka iaitu Wasteland 3 di mana ia bakal tiba pada 19 Mei 2020 ini khas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC.
Melalui video acah yang dikongsikan tersebut, mereka juga memperlihatkan beberapa bentuk dan kawalan permainan yang bakal pemain tempuhi termasuklah beberapa musuh yang bakal memberi cabaran buat pemain.
Wasteland 3 adlaah eprmainan seterusnya buat siri Wasteland yang mana ianya adalah permainan RPG yang memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan. Permainan ini juga memfokuskan dunia pasca-apokaliptik di Colorado, Amerika Syarikat dan pemain akan ebrmain sebagai pasukan November iaitu pasukan Ranger Squad.
Bagi anda yang berminat permainan bergenre ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang Mei tahun hadapan.