Informasi Permainan Video Terkini
Mega Man Zero/ZX Legacy Collection Ditunda – Bakal Tiba Februari Tahun Hadapan

Mega Man Zero/ZX Legacy Collection Ditunda – Bakal Tiba Februari Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 15, 2019 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menunda permainan Mega Man Zero/ZX Legacy Collection kepada 25 Februari 2020 kelak berbanding tarikh asalnya iaitu Januari 2020. Permainan ini dirancang untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Pengumuman tersebut dilakukan khas melalui video di bawah di mana Kazuhiro Tsuchiya iaitu penerbit siri Mega Man menyatakan bahawa mereka memerlukan masa untuk menghasilkan kualiti permainan tersebut adalah berada di dalam keadaan yang baik apabila ianya dilancarkan kelak.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Mega Man Zero/ZX Legacy Collection adalah koleksi permainan Mega Man Zero dan Mega Man ZX yang mana asalnya ianya dilancarkan di konsol Nintendo DS dan Game Boy Advance.

Koleksi permainan ini akan menyertakan 6 permainan iaitu:

  • Mega Man Zero
  • Mega Man Zero 2
  • Mega Man Zero 3
  • Mega Man Zero 4
  • Mega Man ZX
  • Mega Man ZX Advent

Seperti siri koleksi permainan Mega Man sebelum ini, koleksi ini akan turut disertakan dengan pelbagai kandungan tambahan seperti galeri karya seni watak, konsep dan muzik latar permainan. Ianya juga menyertakan mod baharu yang dipanggil Z-Chaser yang memfokuskan bentuk penyelesaian peringkat permainan mengikut masa.

Bagi anda yang menanti permainan ini, sekurang-kurangnya tarikh penundaannya tidaklah begitu lama dan bagi anda yang berminat dengan siri Mega Man Zero ataupun Mega Man ZX, pastikan anda mendapatkannya menjelang Februari tahun hadapan.


TIPS & ULASAN