Bagi anda yang masih belum memiliki permainan Kingdom Hearts III yang dilancarkan awal tahun ini, Square-Enix hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan demo permainan tersebut secara percuma di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.
Menurut Ichiro Hazama iaitu penerbit permainan tersebut, demo tersebut akan menyertakan dua lokasi yang pemain boleh main iaitu dunia Olympus dan dunia Toy Box. Sekaligus, kami percaya demo tersebut adalah demo yang sama kami mainkan di acara PlayStation Experience SEA tahun lepas.
Bagi anda yang ingin mencubanya, demo tersebut boleh dimuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah. Selain itu, kami juga telah mengulas permainan penuh Kingdom Hearts III di mana anda boleh membacannya di bawah.
[download] PSN Store: Demo Kingdom Hearts III PS4 [/download][download] Microsoft Store: Demo Kingdom Hearts III Xbox One[/download]