Tidak seperti penawaran sebelum ini, minggu ini Epic Games hanya menawarkan satu permainan percuma sebagai tawaran permainan percuma mingguan mereka. Namun, permainan yang ditawarkan adalah sangat menarik iaitu The Messenger.
The Messenger merupakan permainan aksi platformer side-scroller yang menjadikan pemain sebagai seorang Ninja. Ia dibangunkan oleh Sabotage Studio dan diterbitkan oleh Devolver Digital untuk PlayStation 4, Switch dan PC sejak tahun lepas. Ia juga sebelum ini telah menerima DLC percuma iaitu Picnic Panic.
Permainan ini boleh dimuat turun bermula sekarang sehingga 21 November 2019 sebelum diganti dengan juga satu permainan iaitu Bad North.
[download]Epic Games Store: The Messenger[/download]