Fortnite hari ini mengumumkan acara kolaborasi bersama dengan Star Wars bersempena pelancaran permainan baharu berdasarkan siri tersebut iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh EA.

Buat masa ini, melaluinya, ia menyediakan kostum berdasarkan Stormtrooper. Ia boleh didapati melalui kedai dalam permainan ataupun secara percuma dengan membeli permainan Fallen Order di Epic Games Store.

Buat masa ini tidak disahkan jika acara kolaborasi ini juga akan menerima aktiviti lain seperti cabaran.

Sohor Kini