Spongebob Squarepants adalah siri animasi mengisahkan makhluk span laut berwarna kuning yang bekerja sebagai tukang masak di Krusty Krab dan tinggal di Bikini Bottom. Ia mula disiarkan pada tahun 1999 dan meraih populariti yang agak hebat. Tahun 2004, filem pertama telah dihasilkan. Kemudian filem kedua dihasilkan pada tahun 2015 dengan gabungan elemen 2D dan 3D. Terkini, tahun 2019 filem ketiga SpongeBob akan ditayangkan pada tahun 2020.

Filem ini berjudul “The Spongebob Movie: Sponge On The Run” dan akan ditayangkan pada Mei 2020. Apa yang menarik dengan filem ini adalah, ia dihasilkan dalam bentuk animasi 3D penuh dan bukan lagi animasi 2D. Filem ini mengisahkan pengembaraan SpongeBob dan Patrick bersama-sama menari Gary yang telah hilang. Terdapat juga adegan imbas kembali kisah bagaimana SpongeBob bertemu dengan Gary. Filem ini membuatkan kami teringat kembali siri SpongeBob musim keempat episod ketiga “Have You Seen This Snail?“. Yang mana ada muzik SpongeBob menyanyi kisah Gary hilang.

Bercakap mengenai muzik, filem ini adalah filem muzikal dan buat pertama kali juga ia akan memperlihatkan watak SpongeBob dan Gary semasa mereka masih kecil. Ada juga beberapa watak baru akan muncuk seperti Otto, King Poseidon dan The Chancellor. Bagi yang berminat, sama-sama kita saksikannya kelak.

Sohor Kini