Last Stop Menyertakan Pelbagai Elemen Misteri Termasuk Juga Pertukaran Badan

Variable State hari ini ketika acara X019 mengumumkan permainan terbaru oleh mereka iaitu Last Stop yang merupakan permainan pengembaraan misteri yang memfokuskan kepada penceritaan. Ia akan diterbitkan oleh Annapurna Interactive.

Berdasarkan video yang diperlihatkan, ia adalah mengenai 3 watak tetapi penceritaan mereka akan berkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga menyertakan pelbagai elemen misteri seperti pertukaran badan dan juga menjelma menjadi binatang.

Buat masa ini ia hanya diumumkan akan tiba tidak lama lagi, platform juga tidak disahkan akan tetapi ia semestinya akan hadir untuk Xbox One.

Sohor Kini