Semestinya pelancaran Kingdom Hearts III awal tahun ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One agak janggal buat pemain di Xbox One kerana siri permainan tersebut sebelum ini tidak dilancarkan di konsol tersebut.
Namun kini pemain di Xbox One tidak perlu khuatir kerana ketika acara X019 yang berlangsung awal pagi hari ini, Square-Enix mengumumkan yang mana mereka akan membawa kesemua siri Kingdom Hearts melalui permainan pernambah-baikkan mereka sebelum ini ke konsol Xbox One menjelang tahun hadapan.
Melaluinya, dua permainan pernambahan-baikkan siri Kingdom Hearts yang akan dilancarkan yang mana setiap satunya akan menyertakan sebilangan permainan daripada siri Kingdom Hearts iaitu:
- Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMix
- Kingdom Hearts Final Mix
- Kingdom Hearts Re:Chain Of Memories
- Kingdom Hearts 358/2 Days
- Kingdom Hearts II Final Mix
- Kingdom Hearts: Birth By Sleep Final Mix
- Kingdom Hearts Re:coded
- Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue
- Kingdom Hearts Dream Drop Distance HD
- Kingdom Hearts 0.2 Birth By Sleep – A Fragmentary Passage –
- Kingdom Hearts χ Back Cover
Semestinya ini adalah pengumuman yang sangat menarik buat peminat siri Kingdom Hearts di konsol Xbox One.