Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Microsoft dan Relic Entertainment sebelum ini, bentuk permainan Age Of Empires IV akhirnya diperlihatkan secara rasmi melalui acara X019 yang berlangsung awal pagi ini di mana mereka memperlihatkan sebilangan bentuk permainan dan beberapa informasi tambahan berkenaan permainan tersebut.

Melalui video di atas, mereka memperlihatkan beberapa aspek bentuk permainan pembinaan tamadun yang lebih meluas di mana pemain berupaya untuk membina unit dengan lebih ramai dan juga peperangan yang lebih berskala besar.

Menariknya juga, melalui video di atas, Microsoft juga memperlihatkan dua tamadun baharu iaitu Mongolia dan British. Mereka juga memperlihatkan era baharu iaitu era Medievil.

Juga dengan pengumuman ini, mereka juga mengumumkan studio baharu yang akan memfokuskan pembangunan permainan Age Of Empires IV, iaitu World’s Edge bersama-sama dengan pelancaran Age Of Empires II: Definitive Edition minggu ini.

Buat masa ini tarikh pelancaran Age Of Empires IV masih belum diumumkan termasuklah platform permainan.

Leave a Reply