Sebelum ini, Microsoft dan 343 Industries mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan koleksi Halo: The Master Chief Collection di PC yang mana juga ketika pengumuman yang sama, mereka juga umum Halo Reach juga akan dilancarkan melalui koleksi permainan tersebut.

Terkini ketika acara X019 yang berlangsung awal pagi ini, Microsoft akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat Halo Reach di mana ianya bakal tiba di Xbox One dan PC menjelang 3 Disember 2019 ini. Ianya juga akan tiba melalui Xbox Game Pass.

Seperti anda sedia maklum, Halo: The Master Chief Collection sebelum ini dilancarkan di Xbox One yang mana ianya menyertakan Halo: Combat Evolved, Halo 2 Anniversary, Halo 3, Halo 3: ODST dan Halo 4. Terkini dengan pengumuman ini, pemain di konsol tersebut akhirnya berupaya untuk mendapatkan Halo Reach melalui pernambahan permainan tersebut.

Manakala bagi pemain di PC pula, Halo: The Master Chief Collection diumumkan sebelum ini yang mana ia bakal tiba di PC melalui Microsoft Store dan Steam. Namun, ianya akan dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Halo Reach bermula Disember ini, memandangkan Halo Reach adalah penceritaan pertama dan asal buat siri tersebut.

Menurut Microsoft juga, pelancaran koleksi permainan ini di PC akan ditamatkan dengan Halo 4 menjelang 2020 kelak. Menariknya di PC, ianya juga dijual secara berasingan.

Melalui permainan ini, 343 Industries menyatakan bahawa permainan ini bukan sahaja akan menyertakan pernaik-tarafan dari segi visual sehingga sokongan resolusi 4k, malah mereka juga menyertakan pelbagai kandungan asal seperti mod multi-pemain dan sebagainya.

Bagi anda yang meminati siri Halo, semestinya dengan pelancaran Halo reach, iaitu adalah satu siri yang pasti menjadi kesukaan ramai dan permainan yang sesuai untuk pemain baharu yang ingin mencuba siri Halo tersebut memandangkan ianya adalah saga penceritaan pertama buat siri tersebut.

Sohor Kini