Skip to main content

Project xCloud merupakan salah satu platform penstriman permainan video yang diumumkan oleh Microsoft sebelum ini di mana pemain berupaya untuk menstrimkan permainan-permainan di konsol Xbox One dengan menggunakan peranti-peranti lain seperti telefon pintar dan tablet.

Terkini, ketika acara X019 yang berlangsung di London awal pagi ini, mereka berkongsi sebilangan kemaskini buat platform tersebut termasuklah pelancarannya di negara lain. Namun antara negara yang tersenarai hanyalah Kanada, India, Jepun dan Eropah barat sahaja sekitar tahun hadapan. Dukacitanya, seperti biasa Malaysia masih tidak senaraikan.

Selain itu, Catherine Gluckstein iaitu pengurus produk Project xCloud juga menyatakan bahawa Project xCloud juga akan tiba di PC melalui Windows 10 sekitar tahun hadapan melalu Project xCloud Preview. Mereka juga menyatakan Project xCloud juga akan tiba di pelbagai peranti lain kelak.

Tambahan itu, mereka juga mengumumkan yang mana Project xCloud juga akan menyokong pelbagai alat kawalan tambahan lain dan menarik sekali, alat kawalan PlayStation 4 iaitu Dualshock 4 dan alat kawalan Razer JungleCat juga boleh digunakan bersama Project xCloud.

Meskipun begitu dari segi pengumuman lain adalah senarai permainan baharu yang tiba di mana kini Project xCloud mempunyai lebih dari 50 permainan iaitu:

  • Absolver
  • Ace Combat 7: Skies Unknown
  • ARK: Survival Eveolved
  • Battle Chasers: Nightwar
  • Black Desert
  • Bloodstained: Ritual of the Night
  • Borderlands: The Handsome Collection
  • Brothers: a Tale of Two Sons
  • Children of Morta
  • Conan Exiles
  • Crackdown 3
  • Darksiders III
  • DayZ
  • Dead by Daylight
  • Dead Island Definitive Edition
  • Devil May Cry 5
  • DiRT Rally 2.0
  • F1 2019
  • Felix the Reaper
  • Fishing Sim World: Pro Tour
  • For The King
  • Forza Horizon 4
  • Gears 5
  • Halo 5: Guardians
  • Halo Wars 2
  • Hellblade: Senua’s Sacrifice
  • Hello Neighbor
  • Hitman – Game of the Year Edition
  • Just Cause 4: Reloaded
  • Killer Instinct
  • Kingdom Come: Deliverance
  • Madden NFL 20
  • Mark of the Ninja: Remastered
  • MotoGP 19
  • Mutant Year Zero: Road to Eden
  • Ori and the Blind Forest: Definitive Edition
  • Overcooked
  • Oxenfree
  • Puyo Puyo Champions
  • RAD
  • ReCore
  • Sea of Thieves: Anniversary Edition
  • Shadow of the Tomb Raider Definitive Edition
  • Sniper Elite 4
  • Soulcalibur VI
  • State of Decay 2
  • Subnautica
  • Tales of Vesperia: Definitive Edition
  • Tekken 7
  • TERA
  • The Bard’s Tale IV: Director’s Cut
  • theHunter: Call of the Wild
  • Tracks – The Train Set Game
  • Vampyr
  • War Thunder
  • Warhammer: Vermintide 2
  • World of Final Fantasy Maxima
  • World of Tanks: Mercenaries
  • World of Warships
  • World War Z
  • WRC 7 FIA World Rally Championship
  • WWE 2K20
  • Yoku’s Island Express

Mereka juga menjanjikan bahawa terdapat pelbagai lagi permainan lain yang akan tiba pada masa akan datang dengan pelbagai-pelbagai pembangun permainan lain termasuklah permainan-permainan dari Electronic Arts.

Menariknya juga, Microsoft juga mengumumkan yang mana Xbox Game Pass juga akan tiba di Project xCloud sekitar tahun hadapan, sekaligus memberi kebebasan buat pemain untuk strim sebarang permainan yang mereka miliki melaluinya.

Leave a Reply