Annapurna Interactive sememangnya sangat terkenal dengan penerbitan pelbagai jenis permainan yang unik dan berlainan di mana kini ketika acara X019 yang berlangsung awal pagi tadi, mereka mengumumkan satu lagi permainan baharu bakal tiba iaitu The Artful Escape.

The Artful Escape dibangunkan oleh Beethoven & Dinosaur di mana permainan dirancang untuk dilancarkan di konsol Xbox One dan menariknya di Apple Arcade.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan ini kelihatan akan memfokuskan bentuk “Side-Scroller” dengan muzik rock gitar yang sangat menarik di mana pemain akan bermian sebagai Francis Vendetti dan perlu mengembara di dalam dunia muzikal tersebut.

Permainan ini juga mempunyai pelbagai bentuk pergerakan seperti melompat, lari dan sebagainya disamping keupayaan untuk menggunakan muzik dan gitar untuk menembak serangan laser.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini