Tell Me Why – Permainan Seterusnya Oleh Pembangun Life Is Strange

Ketika acara X019, Microsoft dan Dontnod Entertainment mengumumkan satu lagi permianan baharu yang akan memfokuskan bentuk naratif pengembaraan iaitu Tell Me Why.

Menurut mereka, permainan ini akan tiba di konsol Xbox One dan PC melalui Xbox Game Pass. Ianya juga disahkan bakal tiba di Microsoft Store dan Steam secara berasingan. Dari segi tarikh pelancaran, ianya bakal tiba sekitar suku ketiga tahun hadapan.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan studio pembangun Dontnod Entertainment, mereka ialah pembangun yang sangat terkenal dengan siri permainan Life Is Strange yang dilancarkan sebelum ini.

Melalui Tell Me Why, permainan ini akan memfokuskan dua watak kembar iaitu Tyler dan Alyson Ronan di mana ianya akan bertempatkan di perkampungan kecil di Alaska.

Permainan ini akan memfokuskan perhubungan antara dua watak kembar tersebut yang mana pemain akan mengembara di dalam memori kedua-dua watak tersebut untuk menghasilkan penceritaan pemain disamping meneruskan kehidupan mereka.

Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan beberapa elemen LGBTQ di mana Tyler sendiri adalah seorang watak lelaki transgender yang mana kelihatan permainan ini akan memfokuskan identiti watak tersebut.

Tell Me Why juga disahkan akan mempunyai 3 episod permainan seperti permainan Dontnod Entertainment sebelum ini dan akan dilancarkan secara berperingkat, namun dengan lebih jelas dan pantas sekitar suku ketiga tahun hadapan.

Semestinya permainan ini mempunyai elemen penceritaan yang sangat menarik dan kami akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini