Skip to main content

Frontier Development baru sahaja melancarkan permainan simulasi pengurusan Zoo baru-baru ini iaitu Planet Zoo dan kini ketika acara X019, mereka mengumumkan bahawa satu lagi permainan simulasi pengurusan mereka iaitu Planet Coaster akan dilancarkan di konsol.

Menurut Frontier Development, permainan tersebut akan tiba di konsol Xbox One dan juga PlayStation 4 sekitar suku ketiga tahun hadapan.

https://www.youtube.com/watch?v=qkS8VBcQbIk&feature=emb_title

Seperti permainan mereka sebelum ini, Planet Coaster: Console Edition akan memfokuskan bentuk permainan simulasi pengurusan taman tema secara mendalam. Melaluinya, pemain bukan sahaja perlu mengurus taman tema sendiri, malah menghasilkan kesemua struktur taman tema tersebut dari landasan Roller Coaster sehinggalah bangunan-bangunan dan gerai makanan yang terdapat di dalam taman tema tersebut.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC yang mana ianya mendapat sambutan yang baik dengan bentuk permainannya yang sangat mendalam.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia dikongsikan kelak.

Leave a Reply