KartRider semestinya salah satu permainan perlubaan yang sangat terkenal oleh Nexon beberapa tahun lepas.

Terkini, ketika acara X019, mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut akan kembali di konsol Xbox One dan PC sekitar tahun hadapan sebagai permainan baharu iaitu KartRider: Drift dan ia bakal tiba secara percuma.

Seperti tajuk permainan ini, kali ini permainan ini akan memfokuskan bentuk “Drift” yang mana pemain boleh lakukan ketika berlumba. Menariknya juga, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai pengubah-suaian yang pemain lakukan seperti kostum, jenis kenderaan kart dan sebagainya.

Nexon juga menjanjikan pelbagai kandungan akan tiba buat permainan ini dengan musim-musim perlumbaan baharu bersama-sama dengan bentuk multi-pemain yang meluas.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, sesi beta tertutup berlangsung pada 5 hingga 8 Disember ini di mana pendaftaran boleh dibuat di laman rasmi KartRider: Drift.

Dari segi tarikh pelancaran dan platform lain, ianya masih belum diumumkan. Namun kami percaya ianya juga bakal tiba di konsol lain kelak.

Sohor Kini