Ketika acara X019 awal pagi ini, Microsoft dan Rare juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan kemaskini seterusnya untuk permianna Sea Of Thieves iaitu The Seabound Soul di mana menurut mereka, ianya bakal tiba pada 20 November 2019 ini.

Melalui kemaskini ini, Rare menyatakan bahawa mereka akan menyertakan pelbagai kandungna baharu yang salah satunya adalah pemain kini boleh menembak meriam dengan peluru berapi.

Selain itu kemaskini ini juga akan menyertakan penceritaan baharu yang memfokuskan watak hantu Kapten Pendragon dengan beberapa kapal lanun berhantu iaitu Ashen Dragon yang pemain boleh memburu harta karunnya.

Semestinya kemaskini ini tiba secara percuma buat semua pemain Sea Of Thieves di konsol Xbox One dan PC.

Sohor Kini