Skip to main content

Ketika acara X019 yang berlangsung awal hari ini, Raw Fury dan Upstream Arcade mengumumkan yang mana permainan seterusnya oleh mereka iaitu West Of Dead akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut merkea, permainan tersebut bukan sahaja akan dilancarkan di Xbox One, malah ianya juga bakal tiba di platform lain seperti di konsol PlayStation 4, Switch dan juga di PC melalui Steam, GOG dan Windows Store. Menariknya juga, versi beta terbuka juga kini boleh cuba di Xbox One bermula hari ini sehingga 24 November ini.

West Of Dead merupakan permainan penembak atas bawah yang memfokuskan dunia dan persekitaran koboi di Amerika. Menariknya, ianya memperlihatkan watak yang bernama William Mason di mana beliau sudah pun mati, namun kembali hidup di dalam dunia permainan ini.

Selain itu, dari segi rekaan watak tersebut, beliau juga kelihatan seakan watak adiwira Ghost Rider yang mana kami percaya ianya adalah kebetulan sahaja. Mestipun begitu, apa yang menarik minat kami sekali adalah watak tersebut dilakonkan oleh Ron Perlman iaitu pelakon Hollywood terkenal.

Buat masa ini informasi lain masih belum diumumkan dan kami sendiri juga tidak sabar ingin mencubanya kelak. Bagi anda yang mempunyai konsol Xbox One, anda boleh mencuba permainan ini bermula hari ini.

Leave a Reply