Hearthstone Battlegrounds Versi Beta Kini Dibuka Untuk Semua Pemain

Ketika acara Blizzcon, awal bulan ini, Blizzard telah mengumumkan penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Descent of Dragons yang akan dikeluarkan pada Disember ini. Selain itu, mereka juga mengumumkan mod baharu untuk permainan kad tersebut iaitu Battlegrounds.

Battleground merupakan mod auto-battler seperti permainan Auto-Chess, Dota Underlords dan Teamfight Tactics. Ia sebelum ini dikeluarkan secara beta tertutup untuk pemain yang pra-tempah penambahan Descent of Dragons.

Minggu ini, Blizzard akhirnya membuka beta tersebut kepada semua pemain dan anda boleh mengakses-nya melalui Hearthstone. Jika anda meminati permainan auto-battler, mungkin ini adalah alasan untuk anda membuka Hearthstone.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android.

Sohor Kini