Kemaskini: Ketika acara X019, Microsoft dan Ninja Theory mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran Bleeding Edge iaitu 24 Mac 2020 bersama-sama dengan tarikh beta seperti di bawah. Permainan ini kini boleh dipra-tempah di melalui Xbox One dan juga di PC melalui Microsoft Store dan Steam.
Bersempena dengan itu, mereka juga berkongsi video acah rasmi pengumuman tersebut di bawah.
Artikel asal: Bulan Jun lepas ketika acara E3, Ninja Theory mengumumkan permainan baharu Bleeding Edge yang merupakan permainan aksi pertempuran kompetitif yang memperlihatkan 4 lawan 4.
Sebelum ini mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh pengeluaran akan tetapi berdasarkan penyenaraian di Xbox Store, permainan tersebut akan dikeluarkan pada 24 Mac 2020 dan sesi beta tertutup akan tiba pada 14 Februari 2020 dan 13 Mac 2020.
Ninja Theory ataupun Microsoft masih tidak mengumumkan tarikh tersebut secara rasmi, namun kami menjangkakan mereka akan melakukannya ketika Xbox X019 yang akan berlangsung bermula 4 pagi hari ini.
Permainan ini akan dikeluarkan untuk Xbox One dan PC, dan disertakan sebagai sebahagian daripada Xbox Games Pass dan Xbox Games Pass for PC.