Netmarble dan Level-5 minggu ini mengumumkan yang permainan mudah alih MMORPG berdasarkan siri permainan Ni no Kuni iaitu Ni no Kuni: Cross Worlds akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2020 buat masa ini masih tiada pengesahan jika ia akan turut dikeluarkan secara global.

Permainan ini dibangunkan oleh Netmarble menggunakan pasukan pembangunan untuk Lineage 2. Ia menyertakan pertempuran secara ‘hack-slash’. Pemain juga boleh memilih salah satu daripada 5 kelas iaitu Witch, Swordman, Rogue, Engineer dan Destroyer.

Di dalam permainan ini, ia menyertakan PvE melalui misi utama, permintaan Tsubakuro Company, dungeon dan labyrints. Manakala PvP disediakan melalui Warrior Battlegrounds, Sky Islands Battles, Kingdom Battles, Kingdom Invasion, Relic Battlefield, Throne Battles dan pelbagai lagi.

Ni no Kuni merupakan permainan yang memfokuskan pasaran global berbanding Jepun, oleh disebabkan itu permainan ini berkemungkinan untuk turut dilancarkan dengan lebih meluas. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini