Acara X019 bermula secara rasmi hari ini di mana ianya adalah acara khas komuniti oleh Microsoft sempena permainan video di konsol dan PC. Kali ini acara tersebut bertempatkan di London, United Kingdom di mana Microsoft mengumumkan pelbagai permainan-permainan baharu yang bakal tiba di konsol mereka.

Permainan pertama yang diumumkan adalah Everwild yang mana ianya adalah permainan oleh studio pembangun Rare, iaitu pembangun permainan Sea Of Thieves.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan ini masih lagi belum diumumkan dan sememangnya permainan ini masih lagi berada di dalam pembangunan.

Menurut Craig Duncan iaitu ketua studio pembangun Rare, beliau menyatakan bahawa permainan ini akan mempunyai dunia magis yang menarik dan pasti akan memberi pengalaman baru buat pemain.

Everwild akan dilancarkan di konsol Xbox One dan PC, namun tarikh pelancaran masih belum diumumkan.

Sohor Kini