Bulan Julai lepas, Pos Malaysia telah melancarkan set setem edisi khas ’80 Years Marvel’ yang dijual pada harga RM120. Tujuan mereka melancarkan set setem ini adalah untuk mensasarkan generasi muda kembali menggunakan teknik surat menyurat untuk berhubung dan bukannya media sosial. Semalam, sempena ulang tahun Batman ke-80 – set setem edisi Batman pula telah mereka lancarkan.
Terdapat dua set yang dilancarkan, Special Pack hadir dengan 1x set setem tiga keping, 1x poskad dan 1x sampul edisi khas. Hanya 40,000 set sahaja untuk Special Pack dijual dan harganya adalah RM10. Kemudian adalah Folder Set, yang dijual pada harga RM120 yang menyediakan 3x set helaian yang mengandungi 11 keping setem, 3x sampul, 2x poskad dan 1x folder. Untuk set ini, ia hanya terhad kepada 8000 yang terawal sahaja.
Kali ini, tujuan Pos Malaysia melancarkan set setem ini adalah untuk menggalakkan generasi muda memulakan hobi mengumpul setem. Lebih-lebih lagi mereka yang minat akan Batman. Mereka juga berharap yang peminat-peminat Batman yang sudah mengumpul barangan Batman akan menambah set setem ini sebagai barangan eksklusif mereka.