Epic Games hari ini mengumumkan pelancaran permainan baharu mereka iaitu Battle Breakers yang sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan RPG mengumpul watak (gacha).
Ia menyokong rentas simpanan untuk kesemua platform melalui akaun Epic Games. Anda boleh memuat turun untuk PC melalui Epic Games Store, iOS melalui App Store dan Android melalui pelancar Epic Games (sebelum ini dikenali sebagai Fortnite Launcher).
Ia mempunyai sistem pertempurna mengikut turutan, dan anda boleh membawa sehingga 6 watak pada satu masa. Semasa percubaan ringkas kami, boleh dikatakan ia mempunyai sistem pertempuran yang agak pantas. Sepertimana permainan gacha yang lain, ia juga menyertakan pertempuran secara automatik.
[download]Epic Game Store: Battle Breakers[/download] [download]App Store: Battle Breakers[/download]