Bethesda hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permainan Wolfenstein: Youngblood dengan kemaskini baharu iaitu 1.0.7 yang mana ianya akan menyertakan sebilangan kandungan baharu dan juga beberapa misi tambahan untuk pemain.
Melaluinya, Andre Carlos iaitu pengurus komuniti permainan tersebut berkongsi sebilangan pengumuman tersebut melalui akaun Twitter rasmi permainan tersebut.
Beliau mengumumkan yang mana kemaskini tersebut akan menyertakan misi pemburuan harta karun yang pemain boleh lakukan setelah menyelesaikan misi “Da’at Yichud Artifacts” dan menerokai kawasan tersebut. Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan 3 musuh baharu iaitu Wurmlochsoldat, Electrodrohne dan Turmhund yang mana pasti akan memberi cabaran buat pemain.

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan kemahiran baharu bersama kostum-kostum baharu yang pemain boleh dapatkan melaluinya seperti kostum Bomber, Chrome Syndrome dan Bloodthirst yang pemain boleh beli melalui kedai di dalam permainan tersebut.
Menurut beliau lagi, kemaskini tersebut sudah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala bagi versi Switch ianya akan dilancarkan kemudian.
Wolfenstein: Youngblood telah pun dilancarkan di konsol dan PC sebelum ini dan kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan ini di mana anda boleh membacanya di bawah.