Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman pengarah filem BumbleBee iaitu Travis Knight akan mengarah filem aksi-nyata Uncharted, hari ini melalui laporan Variety, pelakon terkenal Mark Wahlberg tampaknya juga akan membintangi filem tersebut.

Mark Wahlberg dilaporkan akan melakonkan watak Victor “Sully” Sullivan iaitu watak peneman Nathan Drake yang membantu beliau di dalam segala pengembaraan Nathan di dalam siri permainan Uncharted.

Menurut laporan juga, sebelum ini Mark Wahlberg asalnya akan melakonkan watak Nathan Drake pada permulaan perancangan filem tersebut. Namun, setelah menukarkan filem tersebut untuk memfokuskan bentuk penceritaan asal buat watak Nathan Drake, mereka menggantikan Tom Holland untuk melakon Nathan Drake dan Mark Wahlberg mungkin akan melakonkan watak Sully yang lebih muda.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan filem ini masih belum diumumkan dan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, filem omo akan di terbitkan oleh Atlast Entertainment dan Arad Productions bersama-sama dengan PlayStation Productions manakala skrip pula akan dihasilkan oleh Rafe Judkins, Art Marcum dan Mat Halloway.

Leave a Reply