April lepas, Media Molecule melancarkan permainn Dreams secara akses awal di PlayStation 4 yang mana ianya adalah satu permainan yang memfokuskan pembinaan kandungan pelbagai dengan beberapa perkakas yang pemain boleh gunakan di dalam permainan tersebut.

Terkini, tampaknya permainan tersebut mungkin akan dilancarkan secara rasmi bermula 14 Februari 2020 ini di manaa melalui akaun rasmi Twitter ShopTo, iaitu permainan video di UK.

Berdasarkan kuciran Twitter yang dikonsikan, permainan tersebtu akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari 2020 ini di konsol PlayStation 4.

Semestinya buat masa ini, Sony Interactive Entertainment dan Media Molecule masih belum mengumumkan secara rasmi dan kenyataan oleh ShopTo di Twitter telah pun dipadamkan.

Walaubagaimana pun, bagi anda yang berminat dengan Dreams, ianya sudah pun boleh dibeli secara akses awal dengan harga RM129 sahaja di PSN Store.

Sohor Kini