Streets Of Rage 4 sebelum ini diumumkan secara rasmi yang mana ianya akan dilancarkan sekitar tahun hadapan di konsol dan juga PC. Ianya adalah sekuel kepada permainan pengembaraan perlawanan yang sangat terkenal beberapa tahun lepas.
Sebelum ini, mereka berkongsi video di sebalik tabir buat pembangunan audio dan muzik latar permainan tersebut yang mana Yuzo Koshiro dan Motohiro Kawashima kembali terlibat buat permainan tersebut. Kini, DotEmu berkongsi satu lagi video di sebalik tabir buat permainan tersebut yang memfokuskan pembangunan rekaan permainan tersebut.
Melalui video tersebut, pembangun dari DotEmu dan Guard Crush Games berkongsi yang mana bagaimana permainan tersebut dihasilkan termasuklah beberapa inspirasi permainan lain dan juga bagaimana permainan Streets Of Rage 2 menjadi penanda aras buat permainan ini.
Selain itu, menariknya juga video tersebut juga memperlihatkan pelbagai bentuk permainan termasuklah bentuk perlawanan bagi watak Cherry Hunter yang diumumkan ketika acara Gamescom sebelum ini.
Semestinya dengan menonton video di atas, kami sendiri di Aksiz juga tidak sabar untuk mencuba permainan ini dan pasti kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.