Siri Netflix The Witcher Disahkan Menerima Musim Ke-2

Musim pertama untuk siri The Witcher sudah disahkan akan hadir ke Netflix pada Disember ini, walaupun masih tidak mendapat sebarang reaksi daripada penonton, siri tersebut sudah disahkan akan menerima musim ke-2.

Perkara tersebut diumumkan oleh penerbit dan penulis untuk siri ini iaitu Lauren S.Hissrich melalui Twitter beliau. Sebelum ini beliau juga mengatakan yang mereka merancang untuk mempunyai 7 musim bagi siri ini.

Musim pertama The Witcher akan mula ditayangkan di Netflix pada 20 Disember 2019.

Sohor Kini