Dengan pelancaran Death Stranding minggu lepas, semestinya permainan tersebut mempunyai beberapa masalah yang dihadapi oleh pemain seperti pepijat-pepijat. Namun, setelah kami bermain permainan itu sendiri, kami tidaklah menemui sebarang masalah besar buat permainan tersebut.
Namun, bagi anda yang menghadapi masalah ketika bermainnya, anda tidak perlu khuatir kerana Kojima Productions hari ini telah melancarkan kemaskini baharu buat permainan tersebut yang mana mereka mengumumkan bahawa kemaskini 1.05 tersebut akan membaiki dan menaik-taraf prestasi permainan tersebut.

Namun, segala kemaskini yang dilancarkan tidak dikongsikan secara rasmi dan kemaskini tersebut bersaiz sekitar lebih dari 1GB yang mana anda boleh memuat-turunnya secara percuma melalui kemaskini permainan di konsol PlayStation 4.
Pastikan anda memuat-turun kemaskini tersebut untuk mendapatkan segala pernaik-tarafan permainan tersebut.
Death Stranding telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada 8 November 2019 lepas yang mana ianya juga diumumkan akan tiba di PC sekitar tahun hadapan.
Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami buat Death Stranding, anda boleh ke pautan ini. Selain itu kami juga kongsikan 5 panduan sebelum anda bermain permainan tersebut di sini.