Diumumkan pertama kali pada tahun 2015, Shenmue III akhirnya akan tiba secara rasmi tidak lama lagi. Bersempena dengannya Ys Net berkongsi satu trailer pelancaran yang anda boleh tontonnya di bawah.

Video tersebut bermula dengan mengingatkan kembali kepada pemain yang permainan terakhir untuk siri ini dikeluarkan pada 18 tahun yang lepas. Ia juga mengatakan yang permainan baharu ini berjaya kerana semangat mereka untuk menghasilkannya.

Ia juga memperlihatkan beberapa adegan serta watak yang akan hadir di dalam permainan ini. Bagi anda yang berminat, ia masih boleh di pra-tempah untuk mendapatkan pelbagai ganjaran.

Shenmue III akan dikeluarkan pada 19 November 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini